Pages

Sunday 28 May 2017

RUMAH BARU SAYA

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat berpuasa tahun 2017...

Terima kasih kepada semua yang telah sudi melihat blog aku berkenaan plaster ceiling yang telah mencecah lebih dari 29 ribu visitor. Aku memang tak menyangka blog yang biasa biasa saja ini dapat mencecah sebanyak itu visitor. Sekali lagi terima kasih kepada semua.

Untuk pengetahuan semua aku dah TIDAK lagi membuat kerja-kerja renovation rumah atau membuat plaster ceiling lagi. Actually sejak awal tahun 2016 lagi aku sudah sedikit demi sedikit tidak aktif dengan kerja buat plaster ceiling ini sebab nak tumpukan kepada busines aku yang lain. Tapi masa awal 2016 aku masih ambik job lagi cumanya aku tak mencari kerja seperti selalu. Namun pada pertengahan tahun 2016 hingga lah sekarang aku memang dah tak boleh ambik job palster ceiling lagi apatah lagi untuk kerja-kerja renovation rumah.

Cumanya aku belum sempat nak bagitau kat visitor semua pasal hal ni sebab mungkin sibuk dengan kerja aku sekarang. Walaupun begitu kepada yang menghubungi aku, aku tidak kecewakan depa. Aku tetap layan dan bagi idea mana yang patut dan bagi contact number member aku yang masih aktif buat kerja-kerja renovation dan plaster ceiling ni. Aku pun tak jadi orang tengah sebab nanti apa-apa hal aku pulak yang susah, so aku suruh customer tu direct berurusan dengan member aku ni. jadi lebih senang kalau ada apa-apa isu yang nak disampaikan.

Berkenaan busines aku sekarang ni pulak, alhamdulillah rezeki Allah itu luas dan banyak. Selagi manusia itu mahu berusaha dan mencari pasti Allah akan membantu. Hasil usaha gigih dan kesabaran aku akhirnya aku dan isteri dapat membeli rumah yang ke empat bagi kami. Rumah yang kami beli kali ini memang agak luas dan selesa. Rumah jenis semi-D yang berkeluasan binaan 30 kaki x 50 kaki dan keluasan tanah keseluruhan 40 kaki x 100 kaki. maksudnya rumah baru aku ni ada tanah di belakang, tepi dan depan untuk parking yang luas... Alhamdulillah Allah memberi rezeki yang terbaik kali ini kepada kami. Berapa harga rumah ini????? biarlah menjadi rahsia yang pasti memang berbaloi..

Bila dah beli rumah yang besar mestilah hati pun besar nak design ceiling yang cantik dan kebabom. Aku pun pening jugak nak design yang macam mana, tambah lagi rumah sendiri... ermmm..memang susah sangat.. bukannya apa takut satgi orang kata design ceiling rumah orang cantik-cantik tapi rumah sendiri tak hebat mana pun... payah kan..

Nak jadi pening lagi bila isteri aku pulak beli lampu chandelier yang harga ribu ribu suruh aku pasang kat ruang tamu. Sudah... nak kena design ceiling yang sesuai dengan lampu tu pulak. Bila dah lampu chandelier mestilah kena letak kat tengah-tengah ruang tamu tempat selalunya kita letak kipas tu, jadi kipas nak letak kat mana pulak. Pastu lampu tu pulak punya la gedabak besar dia, dengan panjang lagi so silap design lampu tu akan tak terserlah keanggunan nya.. So semua ciri-ciri ni nak kena ambil kira. Isteri aku pulak bagi idea yang dia nak kalau boleh ada sikit corak kayu kat ceiling.. Ermm memang susah sebab bagi aku tak sesuai corak kayu dan chandelier duduk sekali.

Setelah fikir sedalam-dalamnya dan dah design sana design sini, akhirnya terjadilah ceiling yang seperti gambar di bawah ni..



Bersebelahan dengan hall adalah ruang makan dan design ceiling untuk runagmakan rumah aku ni seperti berikut;


Gambar ni tak berapa jelas sangat design dia .. nanti ada masa aku update yang lebih jauh sikit baru jelas nampak design sebenar. Kat bawah ceiling ni aku nak letak meja makan marble dengan kerusi 8 unit.

Bagi bilik utama aku design dengan kipas merah.. hahaha macam tak kena ja tapi atleast nak ada warna sikit kat ceiling;


Gambar ni lampu tak pasang lagi, lampu akan duduk kat dalam longkang tepi tu. Di bahagian dapur agak pening sikit sebab selain dari ceilingnya yang tinggi, ruang dia juga agak susah di sesuaikan;


Dekat bawah kipas akan diletakkan meja makan kedua berbentuk bulat dan di bawah lampu gantung tu pulak untuk letak kabinet kayu warna coklat gelab untuk pinggan mangkuk dan mungkin letak gambar kat dinding ... 

Bagi grill pulak aku pilih yang agak lain sikit dari yang orang selalu buat. Kita selalu tengok kebanyakan rumah sekarang grill dia mesti color putih dan jalur melintang. Jadi aku nak lari sikit dari design ni dan aku buat seperti dibawah ni;



Rumah aku ni walaupun besar dengan empat bilik tidur tapi bilik airnya cuma 2 sahaja iaitu 1 di bilik master bed dan satu lagi di dapur. Bermakna yang tiga bilik lagi terpaksa kongsi bilik airlah. Hal ni satu ja yang aku tak berapa suka pasal rumah baru ni. 

Ok lastly aku nak share sikit ruang parking kereta yang luas sangat tu, semoga anda semua mendapat inspirasi nanti nak design ceiling dan nak pilih rumah yang sesuai..


Luas tak porch rumah ni.. next post aku nak cerita berkenaan rumah aku yang nak dijual hari tu... apa jadi dengan rumah tu please baca post seterusnya...

Terima kasih kerana melawati blog aku ni.




1 comment: