Pages

Monday, 28 August 2017

HOMESTAY CANTIK

BUSINESS BARU WAWASAN SISKA ENTERPRISE - HOMESTAY

Post aku kali ini berkenaan perniagaan baru syarikat aku WAWASAN SISKA ENT iaitu HOMESTAY yang selesa dan cantik.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut pasal Homestay cantik aku, elok aku bagitau dulu macam mana aku boleh terjebak dengan business Homestay ni. Ada banyak penyebab yang menyumbang sehingga terujudnya homestay aku ni sehingga bukan sekadar satu malah 2 homestay sekali aku buat. Satunya di Sungai Petani dan yang satu lagi di Bertam Putra Kepala Batas.

Bermulanya terniat nak buat homestay ni bila rumah aku yang di Taman Bandar Mutiara Sungai Petani yang pada mulanya aku nak jual sebab aku dah beli rumah baru di area Taman Sejati Sungai Petani. Pasal apa nak jual? Sebab aku dan isteri telah memiliki 4 buah rumah jadi untuk menstabilkan kewangan kami maka salah satu uni rumah kami harus dilepaskan. Jadi untuk melariskan rumah aku ni, aku pun buat iklan online melalui blogspot dan mudah. Aku pun dapat banyak panggilan dari agen setelah mereka baca blog aku dan search dari mudah.com. Pendek cerita ada la 2 orang yang berminat nak beli rumah tu itupun setelah aku bagi diskaun dari harga tawaran.

Namun, lepas sebulan aku dapat berita buruk, kedua-dua pembeli tersebut tak dapat membeli rumah aku sebab loan bank tak lepas. Yang pertama tu tak lepas sebab gaji tak cukup, dan yang kedua pulak sebab suami isteri tak bayar pinjaman PTPTN. Hmmmm... apa la nasib aku.

Oleh kerana hal tersebut aku dan isteri pun fikir kenapa rumah aku tu tak boleh jual pada harga pasaran, setiap pembeli yang melawat mesti akan minta kurang yang terlalu banyak. Malah agen jual rumah pun seolah menyokong para pembeli. Aku dan isteri pun lastly buat keputusan tutup dulu soal jual rumah dan kami mulakan projek up grade rumah kami supaya nampak cantik dan up to date macam rumah-rumah yang baru di bina. Semoga dengan itu nanti mudah nak jual dan dapat harga tinggi sikit.

Since aku pernah buat kerja renovation rumah maka dah tentulah aku takda masalah nak panggil orang untuk mulakan projek upgrading rumah tu. Antara benda-benda yang telah aku perbaiki dan tambah kat rumah tu adalah seperti berikutttt...


  1. Rumah asal tiada skirting kat lantai menyebabkan bila mop lantai dinding akan jadi kotor dan   hitam serta terkeluar cat. Jadi aku bubuh skiting di semua lantai rumah.
  2. Tembok pagar kiri, kanan dan depan asalnya sebahagian simen dan sebahagian lagi grill besi. Aku buang besi tersebut dan naikkan bata di kiri dan kanan serta bahagia depan letak blok bata corak. Tembok dan dinding depan rumah aku cat dengan color gray dan lining putih di frame tingkap. So dia nampak ala enligh stail. Dekat bata berbunya tu aku letak color coklat.
  3. Lantai porch ada sikit bertanah, aku simenkan semua supaya aku tak payah nak maintain potong rumput dah nanti.
  4. Paip air diluar juga aku letak senang nak cuci kereta atau untuk kegunaan luar.
  5. Wiring pulak aku buat baru semuanya sebab budak wireman tu kata wire lama dah rosak. Aku juga buat penambahan beberapa point plug dan lampu contohnya semua bilik buat point aircon dan kipas. Sebelum ni tak ada semua tu.
  6. Lampu lama aku buang semuanya dan ganti dengan lampu downlight LED berbentuk 4 segi, yang dulu bulat. Kuantiti juga aku tambah contoh kat ruang tamu ada 6 lampu, ruang makan ada 2 point satu point 4 lanpu dan satu lagi lampu cantik serta banyak lagilah penambahan dari yang sebelum ni.
  7. Plaster ceiling mesti la baru satu rumah. Cuma design kurang grand tapi at least ala-ala hotel la jugak. Dekat semua bilik dan dapur aku letak cornice.
  8. Cabinet dapur dan paip air yang rosak juga aku repair bagi nampak kemas dan selamat untuk digunakan.
  9. Bukan sekadar lampu ja baru, kipas semua 5 biji baru jenis remote.
  10. Semua satu rumah aku cat color putih dan lepas tu isteri aku minta cat color biru kat bilik tidur utama. Dan aku pun rajin pi cat color light purple kat ruang makan.
Bila dah siap semua kerja, rumah aku ni dah totally berubah dari sebelumnya dan yang best nya nampak lebih up to date dan cantik. Aku buat kira-kira lebih kurang yang aku belanja dalam RM 12k untuk perubahan yang meletop ini. 

Bila dah siap semua kerja dan aku dan isteri pun dah cuci beberapa kali rumah tu hingga nampak berkilat, cantik dan bersih, timbul pulak rasa sayang nak jual rumah aku ni. 

Dan isteri aku pun bagi cadangan untuk jadikan rumah kami ni sebagai HOMESTAY. Alasan isteri aku bila buat homestay nanti kami sekeluarga boleh mai tidur kat rumah ni bila-bila free. Bagi aku idea tu menarik sekurang-kurangnya hasil dari homestay tu boleh buat bayar ansuran rumah tiap-tiap bulan. Dapat mengurangkan beban kami dan rumah pun tak terjual. Namun masalahnya aku dah takda duit untuk beli perabot untuk dijadikan homestay. Ikut kiraan aku kami memerlukan lagi RM8k hingga RM10k untuk jadikan rumah aku ni homestay.

BAGAIMANA akhirnya rumah kami jadi homestay? ikuti kisah seterusnya di post akan datang selepas ini. 


Gambar dari depan rumah aku yang telah di tansform. Next post aku letak gambar dalam rumah pulak...

* Homestay cantik...




No comments:

Post a Comment