Pages

Tuesday 4 July 2023

MENGHARUNGI PENDEMIK COVID 19

 Assalamualaikum...

Setelah sekian lama blogspot aku ni sepi tanpa post baru, hari ni tergerak  hati aku untuk menulis semula. Ianya kerana aku terlihat blog aku ni rupa-rupanya masih ada yang melawati. Jadi aku rasa apa salahnya kalau aku update cerita-cerita terkini tentang syarikat aku Wawasan Siska Enterprise dan apa-apa sahaja cerita berkenaan pengalaman aku semenjak beberapa tahun ini terutama ketika pendemik Covid 19 yang melanda dunia dan negara kita Malaysia.

Aku yakin ramai dari rakyat Malaysia yang terkesan dari pelbagai aspek akibat Covid 19 yang melanda negara sejak tahun 2020 yang lalu. Setelah lebih 2 tahun ia melanda dunia terlalu ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian rezeki. Perniagaan banyak yang gulung tikar dan ada yang terpaksa berhadapan dengan hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Rumah dan kenderaan tergadai, hidup terus berubah dan masing-masing jadi hilang punca. Walaupun kerajaan membantu dari segi kewangan dan pengeluaran wang KWSP, tapi masih ada yang tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan terutama mereka yang tinggal di bandar dan ibu kota. Itu belum dihitung lagi mereka yang kematian ahli keluarga yang menjadi tunggak dalam keluarga. Ramai isteri yang menjadi ibu tunggal dengan tanggunjawap yang besar malah ada anak-anak yang kematian kedua ibu bapa mereka. Kalau nak di tulis memang terlalu banyak kesan akibat covid19 ini sehingga yang paling ditakuti ada yang mengambil jalan singkat dengan mengakhiri nafas mereka..... 

Apapun kisah hidup manusia yang terjadi akibat pendemik ini, aku harap kita semua masih ada pegangan dan kekuatan untuk menghadapi onak dan duri yang telah dan akan kita semua harungi. Bagi diri aku, alhamdulillah aku masih kekal dan tabah dengan dugaan yang melanda. Memang aku kelu untuk bercerita tentang setiap perkara yang belaku. Tak tahu nak menilai adakah ia baik atau buruk kepada diri ini, namun yang pasti aku bersyukur yang aku masih berupaya berasa lega dan tenang dengan setiap dugaan yang datang.

Kisah kejatuhan aku dalam busines bermula lebih awal dari kedatangan covid 19 iaitu ketika bertukarnya pemerintahan kerajaan Malaysia pada tahun 2018 daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Semua proposal projek yang telah aku hantar dan bincang hilang begitu sahaja. Yang paling menyedihkan lagi bila aku mendapat surat semua tender-tender yang aku sertai telah tidak dapat di teruskan dengan alasan tidak mendapat kelulusan kewangan.  Beberapa kali surat dihantar supaya pihak syarikat mengekalkan harga sementara menunggu budget baru dari kerajaan yang akhirnya sunyi tanpa khabar. Mulanya aku sedih dan berduka sangat-sangat sebab segala usaha yang telah aku buat berakhir dengan hasil yang kosong. Di tambah pula dengan berita yang aku terima bahawa kerajaan telah mengurangkan budget untuk bidang perniagaan aku. Dengan kata lain harapan aku untuk kembali dalam busines aku memang sukar atau mudahnya lebih baik tutup buku dan mulakan perkara baru.

Setelah beberapa bulan berlalu aku tengok memang tiada tender atau sebutharga yang keluar berkaitan busines aku, tindakan perlu aku ambik dengan segera agar aku tidak jadi seperti layang-layang putus tali. Jika tali yang selama ini aku berharap nampak makin nipis dan nak putus, aku perlu mencari tali baru agar layang-layang aku terus terbang biarpun tak tinggi seperti dulu. Jadi dipendekkan cerita aku tukar busines aku 360 darjah. Dari seorang yang duduk di pejabat berkerusi empok dengan aircon yang sejuk dan bermain dengan komputer sahaja, aku turun ke bawah jadi saleman di shopping-shopping komplek. Mulanya memang aku rasa nak kembali ke dunia kontraktor dengan kerja-kerja renovation bangunan dan elektrik. Tapi bila aku tanya kepada rakan-rakan seangkatan dengan aku, mereka memberi jawapan yang agak negatif malah ada yang telah tutup kedai dan mulakan busines baru. Akhirnya aku buat keputusan untuk jadi saleman telekomunikasi iaitu menjual talian telco Redone. 

Banyak cabaran baru yang terpaksa aku lalui, daripada malu-malu dan takut-takut akhirnya aku berjaya menghadapinya dengan baik. Komisen aku bulan pertama dalam RM600. Kemudian ia meningkat bulan demi bulan hingga pendapatan pasif aku mencecah lebih RM3000 sebulan. Malah kenangan yang paling best sekali bila aku mendapat cabutan bertuah pada malam dinner di Genting Highland dengan hadiah sebuah talifon bimbit Samsung Galaxy Note 9. Fuhh... terbaik..

Sepanjang 2019 aku hanya fokus buat busines Redone sahaja, daripada buka booth di shopping komplek hingga keluar terjah di taman-taman rekreasi dan pantai. Di mana sahaja ada orang lepak waima kat tepi jalan, pasar malam dan gerai pun kami akan menyapa untuk mempromosikan telco redone ini. Dari seorang pemalu dan takut kepada seorang yang rajin dan berani menerima tolakan. Keluar pagi balik kadang-kadang malam, memang agak letih dan penat tapi bila hujung bulan tengok ewalet dengan gaji RM5000, hilang terus segala penat dan lelah sebulan itu. Kira income aku ni biasa sahaja bagi saleman redone sebab ramai lagi yang dapat income lebih banyak mencecah RM10k sebulan.

Bila covid 19 melanda dan seperti yang kita ketahui, semua shopping komplek di tutup dan orang ramai tidak lagi bebas keluar kesana sini. Dan busines redone aku pun terpaksa stop mencari customer. Memang senak juga la kan, mcm mana nak  buat sale kalau tak dibenarkan jumpa orang. Melalui internet atau phone boleh lah tapi aku tak mahir semua tu. Pendek cerita aku terpaksa berhenti buat sementara, lagipun anak-anak aku sapa nak jaga sebab mereka tak boleh pergi ke sekolah. Tapi alhamdulillah sebab dalam redone selagi customer kita menggunakan talian redone dan mereka membayar bil setiap bulan, agen macam aku akan mendapat komisen. Inilah yang kita panggil pendapatan pasif, duduk saja tak buat apa-apa tapi income tetap masuk macam biasa. Kes aku ni macam tu lah, walaupun dah lebih 2 tahun aku tak buat sale redone tapi gaji aku tiap-tiap bulan tetap dapat cumanya ia semakin berkurang. Namun kalau di darab dengan 2 tahun sudah berapa banyak aku menikmati gaji pasif tanpa bekerja. Syukur ya Allah...

Walaupun tak dapat buat sale redone sebab covid19 dan aku pun tak boleh keluar seperti dulu disebabkan kena jaga anak yang tak ke sekolah, aku takda la duduk saja tanpa fikir apa-apa. Pada awak tahun 2021 aku bersama rakan telah mencuba menjadi founder kepada produk serbuk kopi kampung. Mulanya dengan nama KOPI KAMI dan kemudian di tukar kepada KOPI KAMME atas sebab sebab tertentu. Ya, busines ini agak lain dari kontraktor atau supply peralatan makmal atau saleman redone. Banyak benda-benda baru yang terpaksa aku pelajari antaranya bagaimana nak menjual di SHOPEE, bagaimana nak buat LIVE di FB, bagaimana nak terjah masuk kedai runcit letak kopi untuk dijual dan banyak lagi lah benda-benda baru yang aku terpaksa bermula dari kosong. Kami berdua tekad dan buat sahaja tanpa pikir tentang kejayaan atau kegagalan, apa yang penting adalah niat ingin mencuba. Alhamdulillah kopi KAMME mendapat sambutan yang agak baik, ada yang sampai nak jadi agen untuk pasarkan kopi kampung aku ni. Yang order melalui SHOPPE datang dari seluruh Malaysia, Pahang, Johor, Kelantan dan pelbagai negeri lagi. Namun, dalam seronok berniaga kopi kampung cap KOPI KAMME ini tetiba aku jadi layu dan lesu. Puncanya disebabkan pakcik yang membekalkan serbuk kopi ini menaikkan harga sebanyak 20%. Aku tak pasti sebab apa, tapi alasan yang dia bagi katanya harga bahan mentah naik mendadak jadi kos barang jadi tinggi. Dengan kenaikkan 20% harga kos menyebabkan aku dan rakan terus hilang semangat ditambah pulak member aku dapat semula bekerja di syarikat AIR ASIA. Perniagaan KOPI KAMME akhirnya tutup dan bungkus...

Tahun 2022 datang dengan harapan yang kosong, isteri aku bertambah sibuk dengan kerjanya, anak-anak dah mula bersekolah. Jadi aku terpaksa sibuk dengan urusan persekolahan anak aku dari pagi sampai petang. Pagi hantar ke sekolah, tengah hari hantar makanan dan pakaian klas KAFA, petang pulak ambik mereka balik pukul 4.30 ptg. Macam tu lah routine harian aku sampai nak buat kerja pun tak boleh. Nasib baiklah aku ada simpanan sikit dan busines Takaful Insuran kereta aku ada juga sale sikit-sikit. Bolehlah buat belanja makan dan isi minyak kereta. 

Awal 2022 ada seorang rakan aku ni memperkenalkan busines agen hartanah dibawah syarikat antarabangsa. Disebabkan aku masih tiada haluan dalam busines, maka aku pun join dengan menjadi ahli dengan bayaran sebanyakRM188. Aku memang kosong bab agen hartanah ni, untuk itu aku minta para leader dan top sale datang ke rumah aku siang dan malam untuk mengajar aku tentang selok belok tugas sebagai agen hartanah yang betul dan terbaik. Sekali lagi aku start from zero, mengkaji dan belajar ilmu-ilmu baru dalam hartanah. Terma terma yang digunakan dan undang-undang yang perlu dipatuhi. Aku juga diperkenalkan dengan pegawai-pegawai bank serta para Lawyer sekitar Bertam dan Sungai Petani. Apa yang aku boleh katakan kerja sebagai agen hartanah ni rupanya agak mencabar dan rumit. Kita kena deal dengan pelbagai pihak dan situasi contohnya kena buat site visit bersama penjual dan pembeli, kena jumpa lawyer, kena uruskan pinjaman bank, ada kalanya kena repair rumah juga.. Fuhhh.. dengan keadaan aku menjaga anak siang dan malam ni, rasanya aku tertewas awal... Tak dapat nak teruskan, patutlah dalam artikel yang aku baca di google, hanya 1 orang atau 2 orang sahaja daripada agen hartanah baru yang akan bertahan. Kebanyakan akan cabut lari ... So, pelan-pelan aku tarik diri dari egen hartanah namun aku tetap berkawan dan ambil tahu juga tentang hal-hal berkaitan.

Cukup setakat ini dulu aku story hal kisah MENGHARUNGI PENDEMIK COVID 19. Banyak memori yang tercatat sepanjang menghadapi kesan dan akibat dari pertukaran Kerajaan dan Penyakit Covid-19 ini. Semoga catatan ini memberi pengajaran dan tauladan kepada semua bahawa bukan anda sahaja yang terkesan malah ramai lagi yang lebih teruk dari anda. Ynag penting adalah usaha untuk bangkit semula. Jadi saya doakan semoga Allah menganugerahkan rezeki yang banyak kepada kita semua.