Pages

Tuesday 4 July 2023

MENGHARUNGI PENDEMIK COVID 19

 Assalamualaikum...

Setelah sekian lama blogspot aku ni sepi tanpa post baru, hari ni tergerak  hati aku untuk menulis semula. Ianya kerana aku terlihat blog aku ni rupa-rupanya masih ada yang melawati. Jadi aku rasa apa salahnya kalau aku update cerita-cerita terkini tentang syarikat aku Wawasan Siska Enterprise dan apa-apa sahaja cerita berkenaan pengalaman aku semenjak beberapa tahun ini terutama ketika pendemik Covid 19 yang melanda dunia dan negara kita Malaysia.

Aku yakin ramai dari rakyat Malaysia yang terkesan dari pelbagai aspek akibat Covid 19 yang melanda negara sejak tahun 2020 yang lalu. Setelah lebih 2 tahun ia melanda dunia terlalu ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian rezeki. Perniagaan banyak yang gulung tikar dan ada yang terpaksa berhadapan dengan hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Rumah dan kenderaan tergadai, hidup terus berubah dan masing-masing jadi hilang punca. Walaupun kerajaan membantu dari segi kewangan dan pengeluaran wang KWSP, tapi masih ada yang tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan terutama mereka yang tinggal di bandar dan ibu kota. Itu belum dihitung lagi mereka yang kematian ahli keluarga yang menjadi tunggak dalam keluarga. Ramai isteri yang menjadi ibu tunggal dengan tanggunjawap yang besar malah ada anak-anak yang kematian kedua ibu bapa mereka. Kalau nak di tulis memang terlalu banyak kesan akibat covid19 ini sehingga yang paling ditakuti ada yang mengambil jalan singkat dengan mengakhiri nafas mereka..... 

Apapun kisah hidup manusia yang terjadi akibat pendemik ini, aku harap kita semua masih ada pegangan dan kekuatan untuk menghadapi onak dan duri yang telah dan akan kita semua harungi. Bagi diri aku, alhamdulillah aku masih kekal dan tabah dengan dugaan yang melanda. Memang aku kelu untuk bercerita tentang setiap perkara yang belaku. Tak tahu nak menilai adakah ia baik atau buruk kepada diri ini, namun yang pasti aku bersyukur yang aku masih berupaya berasa lega dan tenang dengan setiap dugaan yang datang.

Kisah kejatuhan aku dalam busines bermula lebih awal dari kedatangan covid 19 iaitu ketika bertukarnya pemerintahan kerajaan Malaysia pada tahun 2018 daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Semua proposal projek yang telah aku hantar dan bincang hilang begitu sahaja. Yang paling menyedihkan lagi bila aku mendapat surat semua tender-tender yang aku sertai telah tidak dapat di teruskan dengan alasan tidak mendapat kelulusan kewangan.  Beberapa kali surat dihantar supaya pihak syarikat mengekalkan harga sementara menunggu budget baru dari kerajaan yang akhirnya sunyi tanpa khabar. Mulanya aku sedih dan berduka sangat-sangat sebab segala usaha yang telah aku buat berakhir dengan hasil yang kosong. Di tambah pula dengan berita yang aku terima bahawa kerajaan telah mengurangkan budget untuk bidang perniagaan aku. Dengan kata lain harapan aku untuk kembali dalam busines aku memang sukar atau mudahnya lebih baik tutup buku dan mulakan perkara baru.

Setelah beberapa bulan berlalu aku tengok memang tiada tender atau sebutharga yang keluar berkaitan busines aku, tindakan perlu aku ambik dengan segera agar aku tidak jadi seperti layang-layang putus tali. Jika tali yang selama ini aku berharap nampak makin nipis dan nak putus, aku perlu mencari tali baru agar layang-layang aku terus terbang biarpun tak tinggi seperti dulu. Jadi dipendekkan cerita aku tukar busines aku 360 darjah. Dari seorang yang duduk di pejabat berkerusi empok dengan aircon yang sejuk dan bermain dengan komputer sahaja, aku turun ke bawah jadi saleman di shopping-shopping komplek. Mulanya memang aku rasa nak kembali ke dunia kontraktor dengan kerja-kerja renovation bangunan dan elektrik. Tapi bila aku tanya kepada rakan-rakan seangkatan dengan aku, mereka memberi jawapan yang agak negatif malah ada yang telah tutup kedai dan mulakan busines baru. Akhirnya aku buat keputusan untuk jadi saleman telekomunikasi iaitu menjual talian telco Redone. 

Banyak cabaran baru yang terpaksa aku lalui, daripada malu-malu dan takut-takut akhirnya aku berjaya menghadapinya dengan baik. Komisen aku bulan pertama dalam RM600. Kemudian ia meningkat bulan demi bulan hingga pendapatan pasif aku mencecah lebih RM3000 sebulan. Malah kenangan yang paling best sekali bila aku mendapat cabutan bertuah pada malam dinner di Genting Highland dengan hadiah sebuah talifon bimbit Samsung Galaxy Note 9. Fuhh... terbaik..

Sepanjang 2019 aku hanya fokus buat busines Redone sahaja, daripada buka booth di shopping komplek hingga keluar terjah di taman-taman rekreasi dan pantai. Di mana sahaja ada orang lepak waima kat tepi jalan, pasar malam dan gerai pun kami akan menyapa untuk mempromosikan telco redone ini. Dari seorang pemalu dan takut kepada seorang yang rajin dan berani menerima tolakan. Keluar pagi balik kadang-kadang malam, memang agak letih dan penat tapi bila hujung bulan tengok ewalet dengan gaji RM5000, hilang terus segala penat dan lelah sebulan itu. Kira income aku ni biasa sahaja bagi saleman redone sebab ramai lagi yang dapat income lebih banyak mencecah RM10k sebulan.

Bila covid 19 melanda dan seperti yang kita ketahui, semua shopping komplek di tutup dan orang ramai tidak lagi bebas keluar kesana sini. Dan busines redone aku pun terpaksa stop mencari customer. Memang senak juga la kan, mcm mana nak  buat sale kalau tak dibenarkan jumpa orang. Melalui internet atau phone boleh lah tapi aku tak mahir semua tu. Pendek cerita aku terpaksa berhenti buat sementara, lagipun anak-anak aku sapa nak jaga sebab mereka tak boleh pergi ke sekolah. Tapi alhamdulillah sebab dalam redone selagi customer kita menggunakan talian redone dan mereka membayar bil setiap bulan, agen macam aku akan mendapat komisen. Inilah yang kita panggil pendapatan pasif, duduk saja tak buat apa-apa tapi income tetap masuk macam biasa. Kes aku ni macam tu lah, walaupun dah lebih 2 tahun aku tak buat sale redone tapi gaji aku tiap-tiap bulan tetap dapat cumanya ia semakin berkurang. Namun kalau di darab dengan 2 tahun sudah berapa banyak aku menikmati gaji pasif tanpa bekerja. Syukur ya Allah...

Walaupun tak dapat buat sale redone sebab covid19 dan aku pun tak boleh keluar seperti dulu disebabkan kena jaga anak yang tak ke sekolah, aku takda la duduk saja tanpa fikir apa-apa. Pada awak tahun 2021 aku bersama rakan telah mencuba menjadi founder kepada produk serbuk kopi kampung. Mulanya dengan nama KOPI KAMI dan kemudian di tukar kepada KOPI KAMME atas sebab sebab tertentu. Ya, busines ini agak lain dari kontraktor atau supply peralatan makmal atau saleman redone. Banyak benda-benda baru yang terpaksa aku pelajari antaranya bagaimana nak menjual di SHOPEE, bagaimana nak buat LIVE di FB, bagaimana nak terjah masuk kedai runcit letak kopi untuk dijual dan banyak lagi lah benda-benda baru yang aku terpaksa bermula dari kosong. Kami berdua tekad dan buat sahaja tanpa pikir tentang kejayaan atau kegagalan, apa yang penting adalah niat ingin mencuba. Alhamdulillah kopi KAMME mendapat sambutan yang agak baik, ada yang sampai nak jadi agen untuk pasarkan kopi kampung aku ni. Yang order melalui SHOPPE datang dari seluruh Malaysia, Pahang, Johor, Kelantan dan pelbagai negeri lagi. Namun, dalam seronok berniaga kopi kampung cap KOPI KAMME ini tetiba aku jadi layu dan lesu. Puncanya disebabkan pakcik yang membekalkan serbuk kopi ini menaikkan harga sebanyak 20%. Aku tak pasti sebab apa, tapi alasan yang dia bagi katanya harga bahan mentah naik mendadak jadi kos barang jadi tinggi. Dengan kenaikkan 20% harga kos menyebabkan aku dan rakan terus hilang semangat ditambah pulak member aku dapat semula bekerja di syarikat AIR ASIA. Perniagaan KOPI KAMME akhirnya tutup dan bungkus...

Tahun 2022 datang dengan harapan yang kosong, isteri aku bertambah sibuk dengan kerjanya, anak-anak dah mula bersekolah. Jadi aku terpaksa sibuk dengan urusan persekolahan anak aku dari pagi sampai petang. Pagi hantar ke sekolah, tengah hari hantar makanan dan pakaian klas KAFA, petang pulak ambik mereka balik pukul 4.30 ptg. Macam tu lah routine harian aku sampai nak buat kerja pun tak boleh. Nasib baiklah aku ada simpanan sikit dan busines Takaful Insuran kereta aku ada juga sale sikit-sikit. Bolehlah buat belanja makan dan isi minyak kereta. 

Awal 2022 ada seorang rakan aku ni memperkenalkan busines agen hartanah dibawah syarikat antarabangsa. Disebabkan aku masih tiada haluan dalam busines, maka aku pun join dengan menjadi ahli dengan bayaran sebanyakRM188. Aku memang kosong bab agen hartanah ni, untuk itu aku minta para leader dan top sale datang ke rumah aku siang dan malam untuk mengajar aku tentang selok belok tugas sebagai agen hartanah yang betul dan terbaik. Sekali lagi aku start from zero, mengkaji dan belajar ilmu-ilmu baru dalam hartanah. Terma terma yang digunakan dan undang-undang yang perlu dipatuhi. Aku juga diperkenalkan dengan pegawai-pegawai bank serta para Lawyer sekitar Bertam dan Sungai Petani. Apa yang aku boleh katakan kerja sebagai agen hartanah ni rupanya agak mencabar dan rumit. Kita kena deal dengan pelbagai pihak dan situasi contohnya kena buat site visit bersama penjual dan pembeli, kena jumpa lawyer, kena uruskan pinjaman bank, ada kalanya kena repair rumah juga.. Fuhhh.. dengan keadaan aku menjaga anak siang dan malam ni, rasanya aku tertewas awal... Tak dapat nak teruskan, patutlah dalam artikel yang aku baca di google, hanya 1 orang atau 2 orang sahaja daripada agen hartanah baru yang akan bertahan. Kebanyakan akan cabut lari ... So, pelan-pelan aku tarik diri dari egen hartanah namun aku tetap berkawan dan ambil tahu juga tentang hal-hal berkaitan.

Cukup setakat ini dulu aku story hal kisah MENGHARUNGI PENDEMIK COVID 19. Banyak memori yang tercatat sepanjang menghadapi kesan dan akibat dari pertukaran Kerajaan dan Penyakit Covid-19 ini. Semoga catatan ini memberi pengajaran dan tauladan kepada semua bahawa bukan anda sahaja yang terkesan malah ramai lagi yang lebih teruk dari anda. Ynag penting adalah usaha untuk bangkit semula. Jadi saya doakan semoga Allah menganugerahkan rezeki yang banyak kepada kita semua.


Sunday 28 May 2017

RUMAH BARU SAYA

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat berpuasa tahun 2017...

Terima kasih kepada semua yang telah sudi melihat blog aku berkenaan plaster ceiling yang telah mencecah lebih dari 29 ribu visitor. Aku memang tak menyangka blog yang biasa biasa saja ini dapat mencecah sebanyak itu visitor. Sekali lagi terima kasih kepada semua.

Untuk pengetahuan semua aku dah TIDAK lagi membuat kerja-kerja renovation rumah atau membuat plaster ceiling lagi. Actually sejak awal tahun 2016 lagi aku sudah sedikit demi sedikit tidak aktif dengan kerja buat plaster ceiling ini sebab nak tumpukan kepada busines aku yang lain. Tapi masa awal 2016 aku masih ambik job lagi cumanya aku tak mencari kerja seperti selalu. Namun pada pertengahan tahun 2016 hingga lah sekarang aku memang dah tak boleh ambik job palster ceiling lagi apatah lagi untuk kerja-kerja renovation rumah.

Cumanya aku belum sempat nak bagitau kat visitor semua pasal hal ni sebab mungkin sibuk dengan kerja aku sekarang. Walaupun begitu kepada yang menghubungi aku, aku tidak kecewakan depa. Aku tetap layan dan bagi idea mana yang patut dan bagi contact number member aku yang masih aktif buat kerja-kerja renovation dan plaster ceiling ni. Aku pun tak jadi orang tengah sebab nanti apa-apa hal aku pulak yang susah, so aku suruh customer tu direct berurusan dengan member aku ni. jadi lebih senang kalau ada apa-apa isu yang nak disampaikan.

Berkenaan busines aku sekarang ni pulak, alhamdulillah rezeki Allah itu luas dan banyak. Selagi manusia itu mahu berusaha dan mencari pasti Allah akan membantu. Hasil usaha gigih dan kesabaran aku akhirnya aku dan isteri dapat membeli rumah yang ke empat bagi kami. Rumah yang kami beli kali ini memang agak luas dan selesa. Rumah jenis semi-D yang berkeluasan binaan 30 kaki x 50 kaki dan keluasan tanah keseluruhan 40 kaki x 100 kaki. maksudnya rumah baru aku ni ada tanah di belakang, tepi dan depan untuk parking yang luas... Alhamdulillah Allah memberi rezeki yang terbaik kali ini kepada kami. Berapa harga rumah ini????? biarlah menjadi rahsia yang pasti memang berbaloi..

Bila dah beli rumah yang besar mestilah hati pun besar nak design ceiling yang cantik dan kebabom. Aku pun pening jugak nak design yang macam mana, tambah lagi rumah sendiri... ermmm..memang susah sangat.. bukannya apa takut satgi orang kata design ceiling rumah orang cantik-cantik tapi rumah sendiri tak hebat mana pun... payah kan..

Nak jadi pening lagi bila isteri aku pulak beli lampu chandelier yang harga ribu ribu suruh aku pasang kat ruang tamu. Sudah... nak kena design ceiling yang sesuai dengan lampu tu pulak. Bila dah lampu chandelier mestilah kena letak kat tengah-tengah ruang tamu tempat selalunya kita letak kipas tu, jadi kipas nak letak kat mana pulak. Pastu lampu tu pulak punya la gedabak besar dia, dengan panjang lagi so silap design lampu tu akan tak terserlah keanggunan nya.. So semua ciri-ciri ni nak kena ambil kira. Isteri aku pulak bagi idea yang dia nak kalau boleh ada sikit corak kayu kat ceiling.. Ermm memang susah sebab bagi aku tak sesuai corak kayu dan chandelier duduk sekali.

Setelah fikir sedalam-dalamnya dan dah design sana design sini, akhirnya terjadilah ceiling yang seperti gambar di bawah ni..



Bersebelahan dengan hall adalah ruang makan dan design ceiling untuk runagmakan rumah aku ni seperti berikut;


Gambar ni tak berapa jelas sangat design dia .. nanti ada masa aku update yang lebih jauh sikit baru jelas nampak design sebenar. Kat bawah ceiling ni aku nak letak meja makan marble dengan kerusi 8 unit.

Bagi bilik utama aku design dengan kipas merah.. hahaha macam tak kena ja tapi atleast nak ada warna sikit kat ceiling;


Gambar ni lampu tak pasang lagi, lampu akan duduk kat dalam longkang tepi tu. Di bahagian dapur agak pening sikit sebab selain dari ceilingnya yang tinggi, ruang dia juga agak susah di sesuaikan;


Dekat bawah kipas akan diletakkan meja makan kedua berbentuk bulat dan di bawah lampu gantung tu pulak untuk letak kabinet kayu warna coklat gelab untuk pinggan mangkuk dan mungkin letak gambar kat dinding ... 

Bagi grill pulak aku pilih yang agak lain sikit dari yang orang selalu buat. Kita selalu tengok kebanyakan rumah sekarang grill dia mesti color putih dan jalur melintang. Jadi aku nak lari sikit dari design ni dan aku buat seperti dibawah ni;



Rumah aku ni walaupun besar dengan empat bilik tidur tapi bilik airnya cuma 2 sahaja iaitu 1 di bilik master bed dan satu lagi di dapur. Bermakna yang tiga bilik lagi terpaksa kongsi bilik airlah. Hal ni satu ja yang aku tak berapa suka pasal rumah baru ni. 

Ok lastly aku nak share sikit ruang parking kereta yang luas sangat tu, semoga anda semua mendapat inspirasi nanti nak design ceiling dan nak pilih rumah yang sesuai..


Luas tak porch rumah ni.. next post aku nak cerita berkenaan rumah aku yang nak dijual hari tu... apa jadi dengan rumah tu please baca post seterusnya...

Terima kasih kerana melawati blog aku ni.




Thursday 14 January 2016

BONUS PLASTER CEILING 2016

PLASTER CEILING 2016.....

Bilangan tahun bertambah lagi..... tahun lepas 2015 aku sempat tulis satu entry sahaja... hahaha... ketawakan diri aku sendiri... aku sedikit menyesal sebab tak kongsi ilmu dengan pembaca semua. Bila aku tengok counting orang yang melayari blog aku hingga mencecah 11,500 kali, aku terpegun dengan number tersebut. Sungguh tak aku sangka yang ramai berminat dengan blog aku  ni. Walaupun aku tengok takda follower pun hihihih...

Okay rakan-rakan semua, oleh kerana sambutan yang menggalakkan dari kalian semua kali ni aku nak bagi bonus untuk kalian semua. Bonus kali ini adalah berupa gambar-gambar plaster ceiling yang berjaya aku siapkan bagi tahun 2015. Aku tak dapat lah nak masukkan semuanya, tapi aku bagi yang cun melecun punya ja untuk jadikan idea bernas kepada yang bakal membuat palster ceiling kat rumah rumah mereka. Bagi yang dah buat tu jangan melopong pula sbb plaster ceiling rumah anda tak sehebat design baru ni. Anyway selamat menjamu mata......

1. Ini adalah pilihan design untuk ruang tamu.

Anda boleh memilih design lampu simpan di tepi dan tanpa pulau di bahagian tengahnya. Design ini sesuai untuk mereka yang tak suka banyak betuk pada ceiling atau untuk rumah yang ketinggian ceilingnya 10 kaki kebawah. Jadi kipas dapat berada pada ketinggian yang maksima, manakala bagi lampu simpan pula boleh di pilih warna putih dan di campur dengan lampu down light di bahagian tepi berwarna kuning.



Design di bawah ini pula yang paling menarik sekalai bagi saya kerana penggunaan L box yang agak banyak. Memang agak mahal untuk satu design ini tapi hasilnya memang memuaskan. Ruang yang luas di perlukan dalam aggaran 15' x 15' atau setara dengannya. lampu downlight yang berbentuk petak menaikkan lagi keanggunan rumah ini dan menjadikan ia seperti hotel mewah. Lampu Downlight tersebut pula di buat dengan 2 suiz yang mana 1 suiz menyalakan 4 lampu berselang dengan warna yang berbeza iaitu kuning dan putih. Saya bagi gred 5 bintang untuk design ini bagi tahun 2015.



Design seterusnya adalah design yang biasa dibuat bagi tahun 2014 tapi untuk pengetahuan kalaian, ianya menjadi satu fenomena bagi kebanyakkan tuan rumah. Saya mendapat banyak tempahan untuk design ini kerana ia menggabungkan plaster ceiling putih dan sedikit design kayu atau CT wood. Ianya menampakkan design moden dan mewah... katanya la...


2. Pilihan design untuk ruang makan.

Bagi ruang makan pula untuk tahun 2014 kebiasaan tuan rumah memilih design yang pertama diatas namun bagi tahun 2015 tuan rumah yang saya jumpa agak kreatif. Mereka suka memeningkan kepala saya dengan design ceiling yang agak menarik dan cantik. Kat bawah ni saya letakkan 3 gambar untuk tatapan mata kalian, semoga ia memberi inspirasi.




3. Pilihan Warna lampu simpan

Tidak di nafikan bahawa pilihan warna lampu downlight dan lampu T5 adalah salah satu faktor yang mencantikkan lagi ruang rumah anda. Saya berikan 2 contoh di sini untuk kalian menilaikannya. Untuk mengetahui atau medengar pendapat dari saya, so buatlah plaster ceiling dengan saya. 



Okay semoga permulaan tahun 2016 ini anda mendapat idea yang bernas dari bonus yang saya berikan ini. Bagi rumah di kawasan sungai petani, kulim, kepala batas dan bertam boleh lah menghubungi saya di no telepon 017 4823283 zalie. Nak whatapp pun lagi best...





Thursday 23 July 2015

ASSALAMUALAIKUM,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1436H DAN 2015. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Setelah sekian lama lebih dari setahun aku tak meng update blog ni, dan hari ini entah macam mana terasa nak menulis pulak. Alhamdulillah bila tengok counting pelawat blog aku ni mencecah 8996 visitor aku jadi terharu dan bangga. Terima kasih kepada semua yang telah membaca karangan aku yang agak panjang macam cerpin pendek tu. Dan terlebih lebih terima kasih kepada customer aku yang mendapat perkhidmatan aku hasil dari blog aku ni. Harap semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sepanjang tahun 2014 dan 2015. Kalau ada salah kat mana-mana tu aku mohon berbanyak maaf.

Insya Allah kalau di beri kekuatan semangat aku akan upload kan gambar-gambar projek yang telah aku selamat selesaikan sepanjang tahun 2014 dan 2015. Terlalu banyak projek yang aku buat sebab tu tak berkesempatan nak menulis di sini. Dari Sungai Petani hingga ke Kulim dan Pulau Pinang aku cover dan ada sampai KL dan JB yang call nak aku buat renovation rumah depa. Minta maaf la yang jauh-jauh tu, yang dekat area utara pun aku tak sempat nak cover, yang jitra dan Alor Star pun aku tolak inikan sampai ke Johor dan KL.

Untuk hari ni aku nak promote rumah aku kat Bandar Mutiara Sungai Petani untuk di let go atu JUAL. Untuk pengetahuan rumah aku ni memang strategik lokasi dia. Melalui lencongan timur berdekatan dengan AADK, JPJ, PUSPAKOM dan merupakan laluan ke HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, MAHKAMAH, CINTA SAYANG dan sebagainyalah. Stesyen minyak PETRONAS pun dekat ja dan yang paling best sekali pasaraya MYDIN bakal di buka cuma seberang jalan ja. Lokasi GOOGLE Earth seperti kat bawah ni.



Dari google Earth di atas boleh dipihat tapak yang cerah tu merupakan tapak Pasaraya Mydin yang sedang dalam pembinaan. Dan rumah aku yang nak di jual tu adalah seberang jalan sahaja. Jalan antara rumah aku dan Pasaraya Mydin tu merupakan Jalan Lencongan Timur, so memang senang sekali untuk nak ke utara dan ke selatan.

Kat bawah ni pulak aku letak gambar rumah aku yang nak di jual tu. Rumah ni adalah rumah jenis teres END LOT. So memang mantap dan best kalau nak memiliki rumah ni sebab boleh keluar dan masuk ikut pintu belakang especially kalau kenduri kendara banyak space boleh guna. 

Rumah aku ni ada 3 bilik tidur yang memuaskan besar dan 2 bilik air. Design kat dalam pun memang menarik sebab Ruang tamu dan ruang makan berasingan serta dapur pun asing dari ruang makan. 

Jadi kalau sapa-sapa berminat nak beli dan nak tau harga boleh call atau whatapps aku kat no 017 4823283. Ini memang betoi-betoi rumah aku bukan aku jadi orang tengah ka apa ka.

Lastly untuk hari ni aku tunjuklah gambaq rumah aku tu kat bawah ni,


So, jangan lupa kepada sesiapa yang serius boleh hallo aku untuk harga dan nak pi tengok rumah tu.

Sekian untuk kali ini. bye



Tuesday 6 May 2014

WOW WOW WOW

WOW WOW WOW.... Itulah kata-kata seorang tuan rumah apabila plaster ceiling rumah nya siap sepenuhnya dan di pasangkan lampu. Terserlah kepuasan hati dengan terbentuknya plaster ceiling yang cantik lagi menarik. Sebab itu lah setiap kali pelanggan aku yang panggil untuk buat renovation rumah mereka, aku selalu tekankan minta depa buat plaster ceiling sekali yang bukan biasa-biasa tapi ada rekabentuk tertentu supaya nanti rasa puas itu akan membuat tuan rumah tersenyum lebar.

Memang kita boleh tambah rumah belakang, buat kabinet dapur yang U shape, L shape, I shape... atau pasang kipas yang mahal-mahal dengan lampu LED yang harganya RM200, tapi kalau tak buat plaster ceiling yang WOW WOW WOW memang bagi aku tak complete kegembiraan masuk rumah baru.

Petang tadi setelah bertungkus lumus nak siapkan rumah member baik aku masa kat universiti dulu, balik tu lebih kurang dalam pukul 6 aku pergi jumpa kawan kat Bertam Perdana 3. Sambil-sambil tu aku sempat bertegur sapa dengan salah seorang tuan rumah yang aku pernah buat ceiling rumah dia tahun lepas. Aku dah lupa sebenarnya design plaster ceiling rumah dia ni, dan aku pun minta la dia tunjukkan untuk aku remind balik. Dan.....  bila buka ja pintu dan dia pasang lampu ceiling dia... mulut aku pun terkeluar perkataan WOW WOW WOW WOW......

Haaaa... kalau hampa nak tau macam mana design dia... aku pun nak share dengan semua. Actually design ni aku cipta special untuk satu rumah ni area bertam perdana 3 juga la tapi aku tak ambik gambar. Dan lepas tu bila customer tengok design ni pakat-pakat nak tiru dan termasuklah kontraktor lain pun tiru juga design ni. Aku tak kisah pun sapa-sapa nak tiru, lagipun mana ada cop pun yang mengatakan yang aku pencipta design tu. Yang aku pasti dan yakin memang aku tak ciplak mana-mana design orang lain masa aku mula-mula buat dulu.


Sebenarnya masa aku kata WOW WOW WOW WOW tu aku terkejut dengan color biru lampu simpan dia tu. Cantik tapi sesetengah orang tak suka color ni, dan aku pun selalu suggest color lampu simpan seeloknya pilih color kuning atau warm macam gambar kat bawah ni. So, hampa bandingkan lah perasan hampa bila memandang dua color lampu simpan ni dengan design plaster ceiling yang sama.



Bagi aku design ni memang sempoi dan best sangat. Sebenarnya aku reka plaster ceiling bentuk macam nie sebab tuan rumah ni berselisih faham dengan isteri dia. Kedua-dua nak pulau dan lampu simpan, cuma yang isteri tak nak CT wood tapi si suami nak ada CT wood. Bila aku tanya isteri dia pasai apa tak nak CT wood, dia kata CT wood akan menggelapkan ruang tamu rumah dia dan dia lebih suka putih semua. Si suami pulak kata dia nak CT wood sebab design terkini dan ada stail. Jadi aku pun cadang kita letak sikit saja CT wood dan lebih kan suasana putih yang si isteri nak. So dipendekkan cerita depa pun amat suka lah dengan design yang aku cadang tu. 

Jadi sapa-sapa yang berminat dengan design kat atas tu boleh lah call atau lebih baik SMS ja sebab bila aku tengah buat kerja aku selalu letak HP merata. 

Zalie - 017 4823283

Sunday 4 May 2014

PROJEK PONGSU SERIBU

Alhamdulillah hari ni ada masa sikit nak update blog ni.

Hari ni aku nak cerita pasal projek renovation yang aku tengah buat dan mungkin dalam tiga hari lagi siap sepenuhnya. Untuk pengetahuan rumah  kat Pongsu Seribu ini jenis Banglo lot atau rumah sebiji sebiji. Jadi ruang dalam rumah ni agak luas dan selesa.

Kat bawah ni adalah gambar kabinet dapur yang berbentuk 'U', bentuk ni boleh dibuat kat rumah ni sebab ruang dapur dia agak luas.






Kabinet dapur ini belum siap sepenuhnya lagi,  kat bawah ni pulak kira dalam 90% siap.



Ok itu untuk kabinet dapur, bagi plaster ceiling pulak tuan rumah pilih jebis lampu simpan dan pulau di tengah untuk ruang tamu dan juga ruang makan manakala cornice bagi bilik 3 dan 4.


Plaster Ceiling ruang tamu


Plaster ceiling ruang makan

Sekarang mari pulak kita tinjau jenis corak grill yang menjadi pilihan tuan rumah.





Untuk kali ini itu sahaja yang dapat aku upload gambar gambar terkini. Nanti bila dah siap sepenuhnya aku akan upload lagi.

Sekian, wassalam

Untuk pertanyaan sila call atau SMS Zalie. 017 4823283



Wednesday 23 April 2014

KOMEN

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menjengok ke blog aku yang tak berapa canggih ni. Alhamdulillah hasil daripada ujudnya blog ni ada ramai customer yang call dan email kepada aku bertanya pasal hal renovation rumah ni. Ada yang nak buat plaster ceiling sahaja, ada nak buat grill, kitchen cabinet dan macam-macam la.... terima kasih sekali lagi, insyaAllah aku akan bagi service yang terbaik.

Tapi kepada sesiapa yang aku terlambat bagi harga tu, aku nak minta maaf la sebab aku kena utamakan yang utama dulu iaitu tuan rumah yang dah mendapat kunci rumah. Faham-faham ja la depa ni nak masuk rumah dengan cepat jadi aku kena la kira hak yang depa dulu. Yang nak dapat kunci lambat lagi tu minta sabar sat noooo... Satgi kalau aku silap kira susah pulak.

Dalam banyak-banyak customer yang aku jumpa ada juga yang komen pasal blog aku ni, katanya blog yang aku buat ni memang menarik tapi kurang gambar dan berita-berita terkini samada pasal projek yang aku tengah buat atau gambar-gambar lain. So depa minta kalau boleh post kan lah gambar projek yang sedang dijalankan atau gambar-gambar design plaster siling , kabinet dan lain lain lagi dengan banyak. Sebab kata depa ada yang follow blog aku ni nak sangat baca cerita-cerita terbaru atau idea-idea yang menarik untuk dekorasi rumah depa. Ermmm... cadangan yang menarik juga tu tapi tu lah.... aku ni takdak masa nak buat semua tu. Ada sorang tu pulak bagi pendapat apa kata kalau upah orang ja untuk update blog aku ni. Idea tu bagi aku ok tapi aku tak suka buat mcm tu sebab yang aku suka adalah menulis dari idea aku sendiri, baru nampak original nya... tak gitu.

Jadi kat sini aku nak tahu pulak pendapat orang lain yang menjengok ke blog aku ni. Patut ka aku selalu update blog ni untuk menjayakan lagi business aku atau just update bila perlu saja. Adakah blog aku ni membantu pembeli-pembeli rumah atau tak membawa makna apa-apa pun. Sila emailkan pendapat hampa ke email aku siskaent@gmail.com. Pendapat hampa semua insyaAllah akan membantu aku untuk menilai diri dan memajukan business house renovation ni.

Untuk bonus aku postkan kalli ni beberapa gambar design plaster ceiling yang terkini.