Pages

Thursday 16 January 2014

TAMAN ORKID

Hari ini 16 Januari 2014 adalah hari yang susah nak cakap kepada pembeli rumah TAMAN ORKID Pongsu Seribu Kepala Batas. Sepatutnya hari ni hari gembira la bagi pembeli rumah Banglo Taman ni sebab hari ini adalah hari pemberian kunci kepada mereka daripada PEMAJU. Tapi aku tengok mereka  ni macam tak gembira ja... mahu taknya kunci hanya diberi sekejap ja untuk tuan rumah check defect rumah tersebut dan lepas itu kunci kena diserahkan semula bersama laporan defect mereka. Jadi maksudnya tuan rumah hanya ada masa sekejap sahaja atau lebih tepat lagi hanya satu hari sahaja untuk berangan, merancang dan menikmati keseronokan rumah baru. Bertambah-tambah lagi kecewa apabila masuk saja ke dalam rumah tengok rumah boleh dikatakan belum siap sepenuhnya lagi terutama bahagian wiring yang boleh nampak suis dan plug point masih belum terpasang... ADUHHH sakit mata aihhhhh. Yang paling kecewa kata mereka kualiti finishing kurang MANTAP!!!!!!...

Bagi pendapat aku masa 1 hari atau beberapa jam sahaja belum cukup untuk check semua defect yang terdapat kat rumah tu samada luar ataupun dalam. Tambahan lagi hari ini adalah hari kerja dimana kebanyakan owner keluar sekejap waktu kerja untuk tengok rumah. Jadi dah tentulah fikiran mereka tak teliti masa buat pemeriksaan sebab kalut ingat nak masuk kerja balik dan pada masa yang sama nak control pakaian lagi takut kotor. Kalau buat hari cuti owner boleh la dress pakaian yang lebih sesuai untuk buat check yang lebih detail. Tapi apa boleh buat... aku faham perasaan tuan rumah masa dapat kunci sebab aku pernah melaluinya. Memang excited dan teruja sangat sangat.

Apapun aku nak bagi sikit tip la kepada owner rumah yang baru dapat kunci rumah. Tip ni aku kongsi berdasarkan pengalaman aku buat kerja kontraktor binaan dan ubah suai rumah.

TIP MASUK RUMAH BARU.

1.  Pertama kali masuk rumah, anda buat lah lawatan keseluruh rumah dahulu untuk perkenalkan kepada rumah tersebut bahawa andalah tuan rumah tersebut. Jangan fikir pasal defect lagi, masuk kesetiap bilik dan ruang yang ada. Menjiwai dan kenal pasti setiap ruang yang ada mana satu ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik utama, bilik air dan sebagainya. Lepas habis dalam rumah, buat pulak lawatan keluar rumah dari hadapan hingga ke belakang.

2. Masa buat checking defect, buatlah mengikut ruang-ruang tertentu satu persatu. Mulakan dengan ruang yang utama dan seterusnya hinggalah ruang yang kurang digemari. Tulis pada borang defect dengan jelas agar dapat dibaca dan seeloknya ambil gambar defect tersebut. Sering berlaku tulisan bersambung atau ringkas sehingga orang tak tahu apa yang dimaksudkan akibatnya defect tersebut akan di tinggalkan dan ada kalanya kontraktor akan tinggal terus tanpa memperbaikinya. Kalau rajin, gambar yang di ambil itu diprintkan dan disertakan sekali bersama borang defect. Gambar ini juga boleh menjadi rujukan bila kita membuat pemeriksaan kali kedua.

3. Rumah yang baru mesti tiada bekalan air dan bekalan air akan disalurkan setelah kita mendaftar dengan PBA. Biasanya yang berlaku terutamanya bagi yang nak membuat ubahsuai rumah, semasa meter dipasang tuan rumah sudah pun berurusan dengan kontraktor renovation dan kunci pun sudah diserahkan. Dan yang terjadi adalah apabila meter dipasang dan paip air di buka untuk digunakan oleh kontraktor renovation, perbagai masalah sistem pempaipan dikenalpasti. Antara masalahnya adalah paip bocor dalam dinding, air tidak naik ke tangki, tandas sumbat, bilik air sumbat, singki dapur sumbat dan macam-macam lagi. Yang masalahnya adalah... kontraktor renovation tak bagi main kontraktor masuk rumah untuk buat pembaikan sebab takut kerja-kerja mereka terganggu. Dan ada kes yang mana main kontraktor kata ianya berpunca dari kontraktor renovation. So .... yang sakit kepala adalah tuan rumah. Nasihat aku, kalau boleh masa check defect tu bawalah sedikit air untuk test flow air yang ringkas-ringkas macam kat singki, toilet dan dapur. Dan jangan benarkan kontraktor renovation masuk kerja sebelum anda check sistem paip terlebih dahulu, kemudian report kepada Pemaju untuk dipercepatkan kerja pembaikan kerana kontraktor renovation nak mula kerja.

4. Bagi masalah tile pulak, ada kalanya aku tengok owner ni keterlaluan sangat masa check tile. Nasihat aku check biasa-biasa sudah contoh nya kenalpasti tile yang pecah atau retak sahaja. Ketuk dengan kayu pada tile itu adalah kaedah yang bagus tapi jangan terlalu detail sampai menyusahkan kerja pembaikan. Yang kosong sikit-sikit tu tak payah lah nak complain.

5. Seterusnya tip ini kebanyakan owner tak buat sebab malas atau tak tahu yang benda ni pun kena check juga iaitu ukuran setiap bahagian rumah adakah mengikut plan yang ada dalam kontrak. Pernah terjadi pada aku dulu dimana ukuran bilik air bilik utama lebih kecil daripada ukuran yang terdapat dalam plan yang diberi. Dan apabila di pinda mengikut ukuran sebenar, ternampak pula beam seketul kat tengah-tengah bilik air. Memang tak cantik sangat tapi apa boleh buat, nasib baik dalam bilika air, hanya aku dan isteri sahaja yang masuk. So, tuan-tuan buat lah ukuran sebab kalau lari 1 kaki pun kita dah rugi terutama bahagian keluasan tanah.

6. Bila anda masuk rumah on the first day, anda akan di datangi oleh kontraktor-kontraktor renovation seperti aku. Nasihat aku adalah DENGAR dan BERBINCANG dengan mereka tapi jangan sekali-kali bersetuju pada ketika itu juga dengan tawaran yang diberikan. Memang mereka akan offer pelbagai benda terutamanya hal harga dan selalunya mereka akan kata 'offer ini untuk hari ini sahaja' atau 'offer ni kasi untuk you sahaja sebab mau buat rumah contoh'. TOLONG!!!!!! jangan terpedaya. Ada juga yang beberapa orang datang dari kumpulan yang sama tapi dengan harga yang berlainan. First dia orang akan offer dengan harga tertentu dan tidak berjaya, kemudian akan datang lagi seorang dan offer harga yang sedikit rendah dari yang pertama, namun tak berjaya juga. Dan anda tangok mesti akan ada orang ketiga dan menawarkan harga yang sama atau sedikit rendah. Dalam anda tidak tahu sebenarnya mereka adalah dari syarikat yang sama. Kerja yang macam ni biasanya cina yang buat. INGAT... anda harus tahu dengan jelas kerja-kerja renovasi yang bagaimana yang akan dibuat, jangan ambil mudah dengan berkata 'ikut awaklah'. Nanti lain yang diharap lain pulak yang dapat. Seeloknya kumpul beberapa harga dan berbincang terlebih dahulu, lambat sikit tak apa asalkan kerja kualiti dan harga terbaik. DAN jangan juga beranggapan harga rendah bagus dan harga tinggi kontraktor nak ambil kesempatan. Kaji dan selidik dulu siapa kontraktor tersebut dan baru buat keputusan.

7. Yang ini semua owner rumah tak tahu, termasuklah aku dulu masa mula-mula buat renovation. BACA BETUL-BETUL DAN FAHAMKAN. Bagi  kontraktor renovation syarat ini diamalkan

 "Mana-mana rumah yang telah di pasang banner renovation oleh syarikat tertentu, maka syarikat lain tidak boleh berbincang atau menawarkan harga kepada tuan rumah tersebut bagi apa-apa kerja renovation di dalam rumah tersebut walaupun kontraktor yang memasang banner tersebut hanya membuat kerja memasang grill sahaja. Kerja-kerja lain seperti palster ceiling, wiring, kitchen cabinet dan sebagainya, tuan rumah mestilah merujuk kepada kontrak yang syarikatnya ada pada banner yang dipasang. INGAT... bukan setakat tak boleh buat kerja, pergi berbincang pun TIDAK BOLEH. Kecuali setelah banner tersebut di tanggalkan samada oleh tuan rumah itu sendiri atau kontraktor renovation". 

JADI, jangan sekali-kali membenarkan kontraktor renovation memasang banner pada pagar rumah selagi anda tidak bersetuju dengan apa-apa kerja. Kadang-kadang mereka minta kebenaran kepada tuan rumah untuk pasang banner kononnya nak buat iklan tapi anda tak tahu bahawa anda telah menutup peluang untuk mendengar tawaran dari syarikat lain. TAPI, kalau dah setuju dengan kerja renovasi yang nak dibuat, anda kena benarkan banner dipasang.

Aku rasa itu sajalah tip untuk kali ini, nanti kalau aku ada terfikir tip-tip yang lain aku akan tambah.

Bagi yang meminta gambar grill dan plaster ceiling di upload kat sini, insyaallah akan aku usahakan. Rasa memang kaedah itu akan memudahkan customer aku buat pilihan dan mentelaah design-design yang mereka suka.

Sekian untuk kali ini.


2 comments:

  1. bagus entry en. nanti tgk2 la projek perumahan kat sp..bukit banyan..rata2..kontraktor cine....yg sapu semua projek reno untuk phase pertama...kemungkinan besar serah kunci phase ke 2 bln 11 atau 12 tahun nie... kebetolan saya mmg tgh cari kontraktor untuk buat wiring ,grill dan plaster ceiling untuk rumah saya tu nanti...sy pon nak jugak tau qotation harga en..tu awal skit...senang saya nak buget bile dah dpt kunci nanti nie no saya 012-5880682..khairol

    ReplyDelete
  2. mmg kecewa kalau rumah yg diharapkan tidak memuaskan hati...

    ReplyDelete